Friday 4 March 2011

••••> Jejalan Cari PasaL

Ok, kejadian berlaku last mOnth. Ini kerana aku suka la buat sesuatu tanpa merancang dan akibatnya, yang jadi mangsa ialah kengkawan aku ni. Ini bukanlah cerita rekaan @ cerita yang menakutkan dan bukan jugak untuk melebih-lebih, tapi just nak share our experience here. Aku telah mengajak kawan-kawan aku [yang tak cuti & yang takde hal jela, sebab time nih tengah cuti sekolah, sume balik kampung sudah], yang ada hanyalah cik fara, cik nisa & her cousin yang sangat-sangat caring, afiz. Heee ^_^

Our destination is ------> Broga Hill!!! Wuhoooo...ok, dalam otak kitorang sume ni, Broga Hill ni just a nice place yang orang selalu pergi for see the sunset @ sunrise. Tak kurang jugak ada yang nak b'camping memalam kat situ [memang takde keje]. Tapi hakikat sebenarnya ialah, kitorang ni ibarat sedang buat aktiviti yang sangat la lasak panjat-panjat gunung ni. Punyalah tinggi & sangat curam kawasan pendakian ni, nasib la kitorang ni bijak pakai sume lengkap dengan sport shoe, kalau tak, aku sendiri tak dapat bayangkan betapa tingginya risiko untuk kitorang senang jatuh t'golek macam apa yang berlaku pada beberapa orang yang nak turun dari kawasan tu.


Memang kesian tapi kitorang takleh nak buat apa la, terpaksa la tunggu bantuan kecemasan [polis, JPA]. Tak pasal-pasal je kan. Abang-abang JPA tu pun siap cakap camni ----> "dik, korang ni dah takde tempat lain ke nak exercise?" Hahaha, memang kesian kat abang-abang tu, pembantu perubatan pun da lencun baju dia sambil t'cungap-cungap. Pulak tu kene hari ahad, memang la sangat cari pasal. Tapi kan, kitorang pun pancit, bayangkan m'daki pepagi buta dengan tak breakfast lagi, siap berhenti makan dulu kat tengah-tengah hutan tu. Kalau tak, mana la nak cari tenaga tambahan.


Well, pape pun kitorang memang enjoy, sangat puas hati. Bila da sampai kat puncak tu, ada banyak pulak puncak-puncak yang lain, aduhaiiii. Nak tak nak, redah jela. Sangat la indah ciptaan Tuhan, lalang-lalang yang hijau kekuningan. Rasa nak tinggal je kat atas tu. Tapi kang nak m'buang nanti camne plak kan. Hehehe. Tu tanyalah pada yang pakar [cik Nisa]. So, pada sesiapa yang ketandusan aktiviti, aku suggest la tempat ni, Broga Hill ni kat Semenyih je, sempadan Kadang. Yang lebih menari lagi, kat bawah tu ada gak Rabbitland. Tapi kitorang kejam, da puas main dengan arnab-arnab tu, lepas tu kitorang makan satay arnab tu pulak. Muahahahaha ^_~


 

1 comment:

  1. dah dpt pic dr en apiz....klu ade nk la..hihihi..n jugak letak dlm blog lilo stitch...
    :-)

    ReplyDelete